Monday, January 22, 2007

DownThemAll - Mempercepatkan proses download

DownThemAll merupakan extension Firefox untuk mempercepatkan proses download (muatturun) sesuatu fail, video, gambar dan sebagainya dari internet. Extension ini dikatakan mampu mempercepatkan proses download sehingga 400%!!!

Extension ini mempunyai keupayaan sama dengan perisian mempercepatkan download lain seperti Internet Download Manager dan Internet Download Accelerator. Fungsinya sama seperti kedua-dua perisian tersebut; memecahkan fail yang hendak di download kepada beberapa bahagian (section) seterusnya proses download dijalankan serentak. Teknik ini dipanggil "multipart download".



Proses download juga boleh di hentikan sementara (pause) dan disambung di lain masa tanpa kehilangan data. Selain itu, ia mempunyai opsyen "auto-renaming", opsyen berapa bilangan download boleh dilakukan dalam satu-satu masa dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan extension ini di laman web berikut :
http://www.downthemall.net/howto/features

Klik di sini untuk download extension ini.

No comments: