Tuesday, February 20, 2007

FireFTP -

Bagi seorang webmaster, perisian FTP banyak menjimatkan masa ketika hendak memindahkan fail di komputer ke tapak hosting. Dengan perisian FTP, seseorang webmaster tidak perlu untuk login ke dalam akaun hosting bagi tujuan pemindahan fail.



Dengan extension Firefox dipanggil FireFTP ini, kita tidak perlu memasang perisian FTP lain ke dalam komputer. Cukup dengan extension ini sahaja. Ia juga cukup mudah digunakan serta mempunyai antaramuka yang mudah dan mesra pengguna. Anda juga boleh menambah seberapa banyak akaun FTP yang anda ada.

Dari pengalaman saya sendiri, extension ini amat mudah digunakan, stabil dan tidak mengecewakan. Tidak banyak bezanya dengan perisian FTP lain yang perlu di pasang ke dalam komputer.

Untuk download, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web berkaitannya iaitu http://fireftp.mozdev.org

Sunday, February 11, 2007

SearchStatus - Paparkan nilai Page Rank dan Alexa Rank

Extension ini gunanya untuk memaparkan nilai Page Rank dan Alexa Rank bagi sesebuah laman web yang anda lawati. Extension ini amat berguna bagi webmaster, terutamanya untuk memastikan kedudukan terkini ranking sesebuah website dan sejauh mana keberkesanan teknik SEO yang dilakukan.




Penerangan lanjut boleh diperolehi di sini : http://www.quirk.biz/searchstatus

Untuk download, klik sini.