Sunday, January 21, 2007

Adsense Notifier - Paparkan pendapatan yang diperolehi menerusi Adsense

Dengan menggunakan extension ini, anda dapat mengetahui status semasa jumlah pendapatan anda perolehi menerusi Google Adsense. Tidak perlu lagi anda login ke dalam akaun Adsense untuk mengetahui jumlah terkini pendapatan anda. Mudah bukan?

Anda dapat melihat pendapatan Adsense di sebelah bawah kanan pelayar web Firefox anda. Sebelum itu, anda perlulah memasukkan kata laluan dan user name di bahagian Options. Anda boleh memilih samada untuk memaparkan jumlah klik, impression, CPM, CTR dan juga nilai semasa Adsense anda. Selain itu, anda juga boleh menetapkan tempoh masa update untuk mendapatkan nilai terkini Adsense tersebut.



Extension ini memang amat berguna terutama kepada anda yang menjadikan Adsense sebagai sumber pendapatan. Percayalah, ia amat membantu anda serta menjimatkan masa.

Untuk download extension ini, sila klik di sini.

No comments: