Monday, January 22, 2007

DownThemAll - Mempercepatkan proses download

DownThemAll merupakan extension Firefox untuk mempercepatkan proses download (muatturun) sesuatu fail, video, gambar dan sebagainya dari internet. Extension ini dikatakan mampu mempercepatkan proses download sehingga 400%!!!

Extension ini mempunyai keupayaan sama dengan perisian mempercepatkan download lain seperti Internet Download Manager dan Internet Download Accelerator. Fungsinya sama seperti kedua-dua perisian tersebut; memecahkan fail yang hendak di download kepada beberapa bahagian (section) seterusnya proses download dijalankan serentak. Teknik ini dipanggil "multipart download".



Proses download juga boleh di hentikan sementara (pause) dan disambung di lain masa tanpa kehilangan data. Selain itu, ia mempunyai opsyen "auto-renaming", opsyen berapa bilangan download boleh dilakukan dalam satu-satu masa dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan extension ini di laman web berikut :
http://www.downthemall.net/howto/features

Klik di sini untuk download extension ini.

Sunday, January 21, 2007

Adsense Notifier - Paparkan pendapatan yang diperolehi menerusi Adsense

Dengan menggunakan extension ini, anda dapat mengetahui status semasa jumlah pendapatan anda perolehi menerusi Google Adsense. Tidak perlu lagi anda login ke dalam akaun Adsense untuk mengetahui jumlah terkini pendapatan anda. Mudah bukan?

Anda dapat melihat pendapatan Adsense di sebelah bawah kanan pelayar web Firefox anda. Sebelum itu, anda perlulah memasukkan kata laluan dan user name di bahagian Options. Anda boleh memilih samada untuk memaparkan jumlah klik, impression, CPM, CTR dan juga nilai semasa Adsense anda. Selain itu, anda juga boleh menetapkan tempoh masa update untuk mendapatkan nilai terkini Adsense tersebut.



Extension ini memang amat berguna terutama kepada anda yang menjadikan Adsense sebagai sumber pendapatan. Percayalah, ia amat membantu anda serta menjimatkan masa.

Untuk download extension ini, sila klik di sini.

Saturday, January 20, 2007

Jom guna Mozilla Firefox...... Selamat tinggal IE!!!

Mozilla Firefox merupakan pelayar web (web browser) percuma yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna internet di ketika ini. Ia merupakan perisian sumber terbuka yang mana ia dikatakan lebih selamat, cepat dan mempunyai pelbagai keistimewaan lain.

Diantara keistimewaan Firefox ialah kita boleh menggunakan pelbagai aplikasi tambahan dikenali sebagai "extension". Kita bebas untuk menggunakan pelbagai extension ini yang mana ianya percuma dan amat mudah untuk di install.

Dengan menggunakan extension, kita tidak perlu lagi memasang perisian untuk kegunaan sesuatu tugasan. Terdapat extension yang mempunyai keupayaan serupa dengan sesuatu perisian malah ada yang lebih hebat.

Blog ini memberikan maklumat tentang pelbagai extension Mozilla Firefox yang amat berguna, menarik serta memudahkan kerja-kerja kita. Bagi anda yang menjalankan perniagaan online, extension ini pasti akan banyak membantu anda sepertimana ianya banyak membantu saya sendiri.

Ikuti kupasan lanjut keistimewaan pelbagai extension Firefox yang berguna di blog ini yang mana ianya merupakan pengalaman saya sendiri setelah menggunakannnya. Jadi, mari menggunakan Firefox!!!